Tuesday, April 26, 2011

Dadah Durjana ! (Pertandingan Sajak Anti-Dadah)

            Assalamualaikum...apa khabar semua ? sihat sejahtera aku harap...Jangan disalahgunakan kurniaan Ilahi kepada kita untuk benda yang buruk...tadi aku baru sahaja menyertai mencipta dan mendeklimasikan sajak bertemakan Dadah dan Anti-Dadah untuk minggu pencegahan dadah di sekolahku....di sini,secara ringkas aku nak cakap...JANGAN SESEKALI TERJEBAK DENGAN DADAH ! mari kita ucap sama-sama BELIA BENCI DADAH...tu pun kalau nak laa..aku pun malas nak bukak mulut sebenarnya..thanx juga kepada Kak Pearl yang sudi jadi guitar player sebagai background music untuk aku...pakai lagu Betterman....hahaha...cadangan asal nak minta Farez tolong...dia ada nasyid pulak...suara dia kalau berzikir sedap gilaaaaaa.....




Dadah Durjana !
Kau pemusnah bangsa negara,
mengheret jiwa ke lembah derita,
mengheret jasad ke jurang sengsara

Dadah Durjana !
Begitu ramai jenteramu
Dari Morphine ke Metaphetamine
Semuanya pendusta ! Helah Belaka !
Kau heret anak bangsaku ke dalam lumpur dunia

Dadah Durjana !
Lihatlah jeratmu terkena
Jantung berdegup tapi rupanya mati di mata,
tubuh masih bernyawa namun minda dimamah mimpi yang nyata

Dadah Durjana !
Inilah kerjamu !
Apa dunia di matamu ?
Apa bangsa di hatimu ?
Wira sungguh dirimu
Hingga ramai penganut ajaranmu
Ku pohon, Ku rayu
Pindahkan anak bangsaku
Dari lumpur ke tanah
dari gelap ke nur dunia

Dadah Durjana !
Hentikan tawamu
Ini bukan seloka
Ini bukan halwa gigimu dadah
Mereka jatuh
mereka hanyut
mereka sesat
Dek indahnya Rupa Luaranmu
Tapi busuknya hatimu
Cukuplah hingga disitu


Jauhi dadah !!






6 comments:

Nur Syazwani Khirizan said...

Nice lar. Saya suka and setuju :)

Sang Pemerhati said...

thanx ^_^ first time kot orang komen sajak kat sini...tapi sajak-sajak kat blog awak lagi superb...jeles meles nih..

Anonymous said...

salam,,actually,,saya cari idea nak tulis sajak untuk minggu anti dadah,tapi saya mmg tak kreatif and sgt2 buntu,sekali perasan ur sajak,,sgt2 nice...saya nak mohon,,kalau dapat minta persetujuan awak,,saya nak guna sajak ni untuk pertandingan anti dadah..boleh tak?tapi mmg guna nama awak sebagai penulis..itupun atas persetujuan..saya ada juga add kt fb awak..tqvm

Yusnida Tajudin said...

Salam Sang Pemerhati..

Menyentuh rasa sajak adik ni, mohon kakyus print utk anak2 deklamasi di sek ye.. teruskan berkarya dik..

Rovina Bina said...

Sapa pengkarya sajak ini
?

Sang Pemerhati said...

Terima kasih semua, tapi sajak ni sebenarnya separuh saya cipta, separuh cikgu saya baiki, maka, kreditnya saya tak boleh makan seorang, terima kasih :)